Saturday, October 18, 2014

My Classmates

Assalamualaikum, Kang Ina is here :)

Memandangkan PT3 dah habis, jadi kitorang sekelas pon selfie !
Haha, bukan apa.. Ini semua untuk kenangan :)
Bacalah entry "Kenagan Saya" tu, seriously nak nangis T_T
Neslo Ais punya kerja tuu :D
Haha !

Nak tengok gamba budak klas kami ?
-
-
-
There u go !




Sebenarnya, budak lelaki xcukup 3 orang dann budak perempuan sorang sbb kitorang semua ada 21 org. Well, diorang balik awal -_-
That's it ! Nak tunjuk gamba tu je :D
Bbye ! Assalamualaikum !

KANG INA LOVELIES

Kenangan Saya

Assalamualaikum w.b.t. Now, Neslo Ais is here. :) Its such a long time I doesn't write any new entry. I'm really sorry. :) Today, I want to post something. Its about our friendship. Them ? Yes, they are my friends. My sweet little honey.

Mulai hari ini, cuma tinggal 1 Bulan 7 Hari masa yang berbaki. Pejam celik, pejam celik, pantas sahaja masa itu berlalu. Dan hari yang tak pernah diingini tiba juga iaitu Hari Perpisahan. Persahabatan yang selama ini terjalin akan berakhir dengan perpisahan.Perpisahan yang tak pernah didambakan. Ya, persahabatan kami hanya terjalin dalam masa 3 tahun.Tapi, dalam masa 3 tahun itu, kami dah menempuh pelbagai cabaran bersama.

Bagi kami, persahabatan kami begitu istimewa. Kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kami serasi  bersama. Kami saling menyayangi, saling mempercayai. Persahabatan kami bagaikan sebuah ikatan kekeluargaan.

Berpisah ? Itu merupakan sesuatu yang amat memeritkan. Perit untuk ditelan, perit untuk diterima. Mungkin bagi orang lain ia nampak mudah. "Sekejap saja macam tu, nanti lama-lama lupa juga." Tidak ! Bukan semudah itu untuk melupakan. 3 tahun, mungkin satu masa yang singkat. Tapi, bagi kami, walaupun persahabatan kami hanya terjalin dalam masa 3 tahun ia merupakan suatu yang lama.

Kenangan demi kenangan telah dibina. Segala pahit dan manis telah kami tempuhi bersama. Jatuh bangun kami, kami harungi bersama. Walaupun ada salah faham diantara kami, kami masih menyayangi antara satu sama lain. Persahabatan kami hanyalah kami. Kami "fair and square". No matter what and how, we still love each other. Ya, mungkin ada diantara kami tidak menunjukkan 'sayang' mereka tapi percayalah. Dalam hati mereka, rasa 'sayang' itu pasti ada.

Persahabatan kami begitu indah untuk dikenang. Ya, persahabatan yang terjalin antara kami memang indah. Hanya kami yang fahami, hanya kami sahaja yang tahu betapa indahnya persahabatan. Kami saling melengkapi kekurangan masing-masing. Bergaduh ? Kami pernah bergaduh. Tapi, persahabatan kami masih kukuh. Pergaduhan antara kami tidak pernah dijadikan alasan untuk kami putus kawan. Kami sahabat sejati.

Saya ? Ya, saya begitu sayangkan mereka. Saya tak mahu kehilangan mereka. Saya tak mahu mereka jauh dari saya. Saya tak mahu berpisah dengan mereka. Saya terlalu sayangkan mereka. Sayang sangat ! Bila berbicara mengenai perpisahan, hati saya sebak. Terlalu sebak ! Kenangan demi kenangan yang diukir menerpa di ruang fikiran. Saya terlalu sayangkan mereka ! Bila bersama mereka, saya gembira. Bersama mereka, saya lupa segala masalah yang merumitkan. Mereka membantu saya sewaktu saya dalam kesusahan. Mereka selalu ada diisi untuk meredakan kemarahan saya. Mereka sangat sempurna untuk dianggap sebagai sahabat. Saya mampu bertahan tatkala saya ingin jatuh dengan adanya mereka. Banyak yang mereka lakukan untuk saya. Kesabaran mereka, ketabahan mereka, keceriaan mereka menjadikan saya kagum dengan mereka. Saya betul-betul sayangkan mereka.

Sahabat ! Kalau memang ditakdirkan kita berpisah, saya harap awak semua tak pernah cuba untuk melupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kita. Persahabatan kita begitu manis untuk dikenang. Semoga kasih sayang antara kita tak pernah pudar. I LOVE YOU !

Posted : OFFICIAL_NESLO AIS