Tuesday, November 4, 2014

Hargailah Selagi Masih Punyai Peluang Untuk Menghargai. :)

Holla, holla guys ! :D Neslo Ais in the house, yow.
 Assalamualaikum. :) Firstly, how you has been lately, are you fine ?
 I wish all of you in a good health. ;)

Wazzup dengan entry kali nih ? Ya, Neslo sekadar suka-suka nak post. Takde kaitan dengan apa-apa ponn. Cuma berharap, apa yang dipost akan menjadi ingatan kepada kita supaya terus menghargai orang lain. Tak salahkan untuk kita saling mengingati ? Bukankah itu suatu yang dituntut. 

Dear Awak Semua,
Hargailah selagi masih punya peluang untuk menghargai. Ya, suatu yang mungkin agak 'klise' di mata kita. Tapi, awak sedar tak betapa pentingnya untuk menghargai orang lain ? Kalau awak ingin apa yang awak lakukan dihargai dan diingati oleh orang lain, awak juga perlu belajar menghargai usaha orang lain. 

Ini tidak, awak hanya nampak sumbangan awak dan awak ingin semua yang awak lakukan dihargai oleh semua orang tapi awak tak pernah untuk cuba menghargai usaha orang lain. Susah sangat ke untuk awak nak hargai usaha orang lain ? Tidak ! Ianya bukanlah suatu yang susah cuma awak yang merumitkan segalanya. Bila awak nampak orang lain seakan tidak menghargai usaha awak, awak terasa hati, awak menjauhkan diri dari semua orang. Awak menganggap yang mereka tidak perlukan awak, mereka tak berminat dengan usaha awak. Awak sakit hati bila apa yang awak lakukan tak dihargai.

Tapi, sedarkah awak ? Awak hanya mahu usaha awak dihargai tapi awak sendiri tak mahu untuk menghargai usaha orang lain. Bila orang lain buat sesuatu, bila orang cuba untuk mengadakan sesuatu aktiviti, awak tak pernah nak ambik endah, awak sekadar buat seperti macam 'nak taknak aje' buat kerja tu. Awak buatkan usaha orang lain dengan ikut suka hati awak aje. Ikut perasaan awak, ikut fikiran awak. 

Pada masa tu, awak tahu tak apa yang mereka rasa ? Awak tahu betapa sakitnya hati mereka, betapa geramnya mereka dengan sikap awak, betapa mereka sedih melihat cara awak berkerjasama dalam melakukan tugas mereka. Adakah awak tahu semua tu ? Tak ! Awak tak tahu ! Awak sekadar mengikut kata awak, mengikut akal fikiran awak tanpa berfikir perasaan mereka, tanpa berfikir usaha mereka. Awak memperlekekahkan segala usaha mereka. Awak tak menghargainya !

Awak, if sekarang awak buat macam tu terhadap mereka, remember one day they will do the same things towards you. Ya, mungkin sekarang mereka masih menghargai usaha awak sebab taknak awak terluka, taknak awak berjauh hati, taknak awak sakit hati dan membenci mereka. Mereka menghargai usaha awak walaupun awak tak pernah cuba menghargai usaha mereka. Yurp, sekarang mungkin semua tu awak masih dapatkannya, tapi ingat mungkin nanti awak akan hilang segalanya. Hilang segala yang menghargai awak atas sikap pentingkan diri awak tu.

Jadi, tak salah kalau sekarang awak cuba untuk belajar menghargai. Belajarlah menghargai segala usaha yang dilakukan oleh orang sekeliling awak. Jangan terlalu pentingkan diri awak sendiri hanya sekadar awak ingin dihargai. Pandang dan selamilah dengan mata hati, hargailah usaha yang mereka lakukan untuk awak. Tak pernah dinyatakan dalam mana undang-undang, dalam mana-mana buku bahawasanya salah untuk kita menghargai usaha orang lain. 

Hargailah segala yang ada disisi awak agar awak tak hilang semuanya suatu hari nanti. Hargailah segala yang berada di samping awak sebelum semuanya pergi dari awak. Belum terlambat untuk awak menghargai segala usaha mereka. Tidak susah untuk kita menghargai usaha orang lain. Menghargai tak semestinya kita perlu memberikan hadiah or 'what else'. Hargailah usaha mereka mengikut kemampuan awak agar mereka rasa bahawa awak pon menghargai usaha mereka, Jangan terlalu mengikut kehendak sendiri, jangan terlalu pentingkan diri sebab semuanya tidak membawa kepada apa-apa kebaikan ponn.

Lastly, Neslo harap apa yang dipost dapat diselami oleh semua pembaca. Saya sekadar mengingati agar kita tidak hilang suatu yang bernilai suatu hari nanti. Gunakan peluang yang ada untuk menghargai usaha orang disekeliling kita. Jika kita ingin dihargai jadi belajarlah menghargai orang lain selagi masih punya peluang untuk menghargai.

Posted : Neslo Ais_Official >_<